Friday, February 13, 2009

Tagged by Sankai

This is my first post in bahasa melayu. Am not sure if it's gonna be the last.

TANDA TANDA

1. Tanda2 kamu badmood?
Saya tak rasa saya ada badmood. Ada masanya saya marah, segan, malu, bengang, suka dan sebagainya, tapi tidak badmood.

2. Tanda2 kamu marah?
Saya akan diam kerana itulah cara saya untuk meredakan rasa marah. Jika terlampau marah untuk diam, saya akan bagi tahu pendapat saya.

3. Tanda2 kamu sinting?
Gak tahu sih apa itu sinting!

4. Tanda2 kamu malu?
Bila malu saya akan kurang bercakap (sebab kebiasaannya terlampau banyak cakap!).

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
Hmm......sama macam bila saya marah - saya akan diam. Masa tuh saya akan ada banyak senario dan dialog dalam kepala, tapi takkan saya cakap. Semuanya disimpan dalam hati. Saya seorang yang senang rasa cemburu, tetapi saya rasa kita tak patut cemburu. Oleh itu, bila saya cemburu, saya akan diam sebab saya tahu yang rasa cemburu itu salah.

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
Mata saya akan berair. Kalo bercakap, suara akan jadi lain. Saya memang senang rasa sedih. kalo tengok filem, sebaris ayat pun boleh buat saya sedih. Kekadang tak perlu ayat langsung pun.......tengok ekspresi muka pun boleh jadik sedih. Sangat menyedihkan kan????

7. Tanda2 kamu gembira?
Saya akan gelak. Gelak saya kuat dan berbunyi pelik. Saya nih memang pelik sikit orang nya. Sikit jer la.


APA

1. Apa warna baju kamu pakai sekarang?
Baju T warna hitam dengan tulisan PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX 2007. Saya suka pakai baju warna hitam sejak tahun 1999.

2. Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping?
Ya, tapi tak selalu shopping, sebab duit guna untuk bayar bil, pinjaman dan hutang.

3. Apakah kamu percaya love at first sight?
Percaya. Saya selalu jugak experience love at first sight nih. Contohnyer masa saya tengok trailer Transformers. kali pertama saya tengok terus jatuh cinta. Baru baru nih, saya tengok trailer Transformers 2: Revenge of the Fallen pun jadik love at first sight jugak!

4. Apa yang ingin kamu lakukan sekarang?
Benda yang tidak baik.

5. Apa rasa dihati kamu saat ini?
Sunyi.


BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan kedunia ini?
6 haribulan Mac, 1975

2. Bila saat terindah dalam hidupmu?
Bila saya lihat mak saya menangis gembira.

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa?
Rasanya masa di sekolah menengah, sebab mak saya lebih cenderung kepada menegur, bukan memarahi.

4. Bila kali terakhir ehem ehem ehem?
Hehehehehehheheheheheh...........................baru jer tadi.................tersedak bunyi ehem ehem ehem.

5. Bila kamu akan married?
Entah lah. Buat masa ini, getting married bukan keutamaan bagi diri saya. Saya gemarkan kebebasan dan pada saya, apabila seseorang itu berkahwin, dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Dia harus menjadi suami / bapa yang bertanggungjawab dalam segala aspek. Dan saya belum sedia untuk memikul tanggung jawab sebesar itu. Lagi pun, banyak lagi benda yang saya nak capai dan buat yang mungkin tidak tercapai, jika saya kahwin.


BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati?
Selalunya, saya akan diam. Akan tetapi, jika perbuatan orang itu membuatkan saya benci dia, maka besar kemungkinan saya akan benci dia bagi masa yang lama, atau mungkin selama-lamanya.

2. Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hensem?
Saya akan rasa kurang selesa. Memang lah ada rasa seronok, tetapi selalunya saya akan rasa kekok, tak tahu macam mana nak respon.

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
Saya percaya yang setiap individu ada hak untuk buat apa saja yang mereka suka. Tiada gunanya jika ada kawan yang berkawan kerana terpaksa. Saya harap semua kawan kawan saya berkawan dengan saya dengan rasa genuine, bukan buat-buat. Jadi, kalau lah betul betul terjadi di mana kawan saya meniggalkan saya, saya akan terima seadanya. Mungkin saya akan berusaha untuk tahu sebab nya, tapi saya tidak akan paksa.

4. Bagaimana jika ada orang tidak suka sama kamu?
Saya rasa, ada keinginan dalam diri saya untuk diterima / digemari semua orang. Walau bagaimanapun, saya juga sedar yang di dalam dunia ini, sentiasa akan ada orang yang tidak menggemari saya. Saya boleh terima kenyataan ini. Cuma, kalo orang yang tidak gemarkan saya itu adalah orang yang saya suka, saya akan rasa amat sedih.

5. Bagaimana jika kamu bangun kamu di kelilingi api?
Saya pasti akan panik!

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
Saya akan telefon kawan, tengok dvd atau pergi tengok wayang. Saya memang sudah biasa tengok wayang sorang-sorang.

Maaf Sankai, saya tidak dapat untuk teruskan Tag ini kepada orang-orang lain.....

Tapi...............saya tetap sukakan Tag!!!!!

6 comments:

  1. u sound funny when u write in bahasa...

    ReplyDelete
  2. so formal when you write in Malay... huhuhu :p

    ReplyDelete
  3. Hahahaahaha......funny & formal. I guess that sums it up then! LOL!

    Thanks for making it sound bearable guys. I normally just say my bahasa sucks! Hahaha!!

    ReplyDelete
  4. wow... the aussie's attempting to write malay... ehheheeh

    ReplyDelete
  5. ado... Mr Safuan, think u need to go back to school. sorry to say - think ur BM sucks! haha.. but yeah - good try anyway! huhu..

    jgn mare!

    ReplyDelete
  6. Wan - hahahahha!

    Jerry - I know my BM sucks.......well at least it was a good try.heheheh.

    ReplyDelete